Powered by Blogger.

Bizemas Azhar Untong Trading = Ilmu + Stok + Skill Manipulasi

Aurum @ Emas @ Gold Lambang Kekayaan Sebenar

aurum9999.blogspot adalah laman web koleksi emas yang dibangunkan oleh Bizemas Azhar Untong Trading untuk menjual dan membeli emas samada baru atau terpakai.

Di bawah pendaftaran SSM, Azhar Untong Trading (CT007498-U) syarikat ini merupakan Pengedar Berdaftar Negeri Selangor yang akan mempromosikan serta menjual dan membeli pelbagai barangan dari produk Emas Sinar Gold.

Ayat 1000 Dinar

Wednesday, 27 April 2011

Read more...

Tukarkan Barang Kemas 916 Anda Ke Barang Kemas 999

Sunday, 24 April 2011

 

Barang kemas 916 lazimnya adalah emas yang selalu orang pakai turun temurun dari nenek moyang kita tetapi adakah anda tahu nilai azalinya sangat rendah berbanding dengan barang kemas 999 atau lebih dikenali emas 10.
Emas barang kemas 916 hanya sebagai perhiasan semata-mata ianya tidak sesuai kalau kita jadikan sebagai pelaburan kerana nilainya yang terlalu jauh diantara harga belian dan harga jualan,untuk pengetahuan anda emas 916 adalah ada campuran logam lain tidak seperti emas barang kemas 999 ianya adalah 100% emas.

Kenali emas barang kemas 916
Mungkin ramai yang tahu dengan emas barang kemas 916 ianya emas yang kebanyakan kedai jual diserata malaysia, ada sedikit perbezaan diantara kedai cina dengan kedai melayu harga kedai cina lebih tinggi berbanding dengan harga kedai melayu itulah sebabnya dikelantan harga emas lebih murah berbanding harga emas di kuala lumpur,mungkin mengikut dari harga persatuan masing-masing.

Harga belian semula barang kemas 916 adalah jauh lebih murah berbanding dengan emas barang kemas 999 ada sesetengah kedai harga belian semula sehingga 25% tolak dari pada harga semasa dan ada juga sesetengah 20% tolak dari harga semasa, perkiraan mutu emas untuk belian 916 lazimnya adalah mutu 90 ramai yang tak tahu tentang perkiraan seperti ini.

Kenali emas barang kemas 999
Barang kemas 999 atau lebih dikenali sebagai emas 10 ianya jarang anda jumpa dimana-mana kedai emas dan sesuai anda buat sebagai pelaburan simpanan kerana nilainya yang selalu tinggi berbanding dengan emas barang kemas 916, harga belian semula adalah 10% sehingga 15%, ini adalah spread harga yang selalu orang guna untuk emas barang kemas 999, perkiraan mutu belian semula adalah 99, barang kemas 999 boleh juga anda meniaga dengan kami tidak semestinya anda melabur semata-mata anda juga boleh meraih pendapatan sehingga RM 10,000 untuk jualan 1 kg (1000gram) jika anda menjadi pengedar kami,yang bagusnya ilmu tentang perniagaan emas kami akan berikan secara percuma dan anda bukan sahaja menjual emas semata tetapi anda juga boleh membeli emas terpakai daripada orang lain.


Cara-cara menukar barang kemas 916 ke emas barang kemas 999:
Yang pertama sekali jualkan barang kemas 916 anda kepada kami dengan harga yang tertera didalam table diatas,kemudian baru anda beli emas barang kemas 999 kami mengikut tunai yang anda dapat dari jumlah jualan emas anda,jangan risau jika duit anda tidak mencukupi kerana anda hanya perlu membayar 35% sahaja dari nilai emas kami, selebihnya selepas anda mendapatkan pinjaman Ar-rahnu
Contoh emas kami:
~100g RM15,000
~35% RM5,250
disini anda hanya perlu membayar RM5,250 sahaja untuk belian 100g
Masuk Ar-rahnu:
~100g RM 15,500
~pinjaman 70% RM10,850
yang perlu anda bayar kepada kami ialah RM9,750 selebihnya adalah duit anda.

Apa yang saya terangkan disini adalah hanya sedikit sahaja berbanding anda berjumpa dengan saya,banyak lagi yang saya boleh terangkan kepada anda…

Sebarang kemusykilan / pertanyaan
untuk menjadi seorang usahawan / peniaga emas
anda boleh hubungi saya :-
Call / SMS : 017-9401480

Read more...

BONUS Istimewa Pakej Ebook Teknik Manipulasi Pelaburan Emas

Saturday, 23 April 2011

Ada beberapa bonus istimewa yang ingin saya maklumkan kepada anda pada hari ini. Sudah tentu ianya bukan bonus biasa. Dengan pemberian bonus ini, anda akan dapat lebih banyak manfaat selain dari produk utama yang ditawarkan. Berikut adalah bonus yang dimaksudkan itu;

Bonus #1  Ebook Pelengkap Teknik Rahsia Memajak Emas.

Dengan mengetahui bonus rahsia ini, anda kini mampu memajak emas dan mengetahui bagaimana secara praktikalnya meminimakan upah simpan. Best tak kalau anda pajak emas, upah simpan FREE tak perlu bayar, tapi boleh beroleh UNTUNG.?

Bonus #2  Indicator File
Tidak perlu anda outsource software atau bahan lain untuk memulakan strategi pelaburan emas 2 in 1 yang disarankan, segala indicator dan signal khas yang diperlukan akan diberikan bersama dengan pakej ini untuk anda baca dan buat terus.Ebook ini guna konsep anda "Learn and Earn."

Bonus #3  Free Update Kajian Kes

Oleh kerana pelaburan emas bersifat dinamik dan sentiasa berubah-ubah, maka strategi pun kenalah berubah. Anda akan diberikan update secara percuma kajian kes strategi pelaburan atau teknik terbaru untuk manfaat bersama.


Bonus #4  Ebook Develop Your Financial IQ

Ebook percuma diberikan untuk membolehkan anda mendapat idea bagaimana untuk keluar dari permasalahan kewangan yang membelenggu hidup.



Bonus #5  Bantuan dan Support

Anda tidak akan ditinggalkan bersendirian dalam membaca dan mengaplikasikan apa yang dibaca. Menariknya anda akan diberikan akses percuma kepada 1 kali FREE Sessi Worksyop Teknikal  Teknik Manipulasi Pelaburan Emas yang akan diadakan pada satu tarikh dan masa yang hanya pembeli sahaja tahu.

Bonus #6  Personal Support dan YM

Bonus ini khas untuk kuota 100 pembeli pertama pakej ebook Teknik Manipulasi Pelaburan Emas di Malaysia SAHAJA. Anda akan diberikan personal handphone number dan Yahoo Messenger penulis untuk membolehkan anda bertanya permasalahan dan kemuskilan dalam pelaburan emas, emas terpakai, carta emas, pendek kata apa jualah tentang emas.

Wah! Terlalu banyak bonusnya. Yang pastinya untuk menjaga eksklusifnya teknik ini, kuota jualan ebook ini saya buka untuk 300 unit sahaja.

Selepas itu jualan akan DITUTUP TERUS
Dengan pakej ebook ini beserta bonus-bonusnya, sudah pasti ianya tidak akan kembali jika kuota jualan sudah dipenuhi.
Baru-baru ini jualan pra-pelancaran sahaja menyaksikan kuota 50 unit pertama terjual. Jadi jangan tunggu lama untuk bertindak!!

Salam sukses

azhar untong

Read more...

Bagaimana Untuk Menjadi Serta Berjaya Sebagai Usahawan / Peniaga Emas??

Friday, 22 April 2011

Assalamualaikum W.B.T.

Kepada sahabat-sahabat yang membaca blog ni. Di sini saya ingin berkongsi tips-tips bagaimana untuk menjadi serta berjaya sebagai usahawan / peniaga emas.

Tips-tips ini saya petik dari seorang usahawan emas yg berjaya iaitu En. Syukor Bin Hashim melalui laman web beliau http://jutawanemas.com/. beliau juga merupakan General Manager Public Dinar Sdn. Bhd. Anak syarikat Public Gold...

Perniagaan Emas.

Rasulullah pernah bersabda, 9/10 daripada rezeki datangnya daripada perniagaan. Best tu…

Sekarang cuba bayangkan…
Anda mempunyai perniagaan emas sendiri… bila orang beli emas anda dapat duit.. orang beli emas dapat lagi duit… dan duit itu pula datang sepanjang masa.. kekadang pagi.. tengahari…petang… malam… hari bekerja..hari cuti… semuanya duit.
Best tak?

Perniagaan emas ialah perniagaan yang sangat menarik dan menguntungkan. Ini kerana :-
  1. Minat manusia terhadap emas tidak pernah pudar. Makin bertambah ada lah….
  2. Orang tetap akan beli emas walaupun harga tinggi atau rendah.
  3. Kalau anda simpan stok emas, nilainya akan naik dalam jangkamasa panjang.
  4. Senang  jual dan beli. Bila pelanggan tahu anda jual emas, diorang yang akan cari anda untuk beli… nak jual pun diorang akan cari anda.

Tips perniagaan emas yang berjaya :

Berdasarkan kajian saya, terdapat 5 perkara yang sangat penting kalau anda nak jadi peniaga emas yang berjaya:
  1. Anda mempunyai pembekal (supplier) yang baik.
  2. Anda mempunyai pembeli yang baik
  3. Banyak cash (lagi banyak lagi bagus)
  4. Sifat amanah dan boleh dipercayai
  5. Banyak ilmu berkenaan emas.
Ok, mari saya huraikan satu persatu :-

1. Pembekal yang baik.
  • Boleh memberikan stok emas dalam kuantiti yang anda kehendaki.
  • Kalau boleh dapat stok segera lagi bagus. Kalau kena tunggu lama then susah lah..
  • Supplier mesti mampu memberikan emas ketika harga emas naik ataupun turun. Kalau supplier anda boleh supply ketika harga emas naik tapi takder stok waktu harga turun, then anda akan hadapi masalah nak buat business.
  • Sanggup membeli balik emas pada spread yang kecil. Bukan setakat jual lepas tu tak nak ambil balik emas diorang ataupun potong sampai 10% keatas.

2. Pembeli yang baik.

Selain daripada pembekal yang baik. Anda perlukan pembeli yang baik. Pembeli yang bermasalah akan memeningkan kepala anda dan boleh merugikan masa dan perniagaan anda.

  • Pembeli mesti membayar cash bila beli emas ataupun semasa lock harga emas. Emas nie tak boleh beli secara hutang atau ansuran. Hukumnya haram  (baca sini)
  • Pembeli anda mesti jujur. Kalau dah bersetuju untuk membeli atau “lock” pada harga tertentu, maka kenalah ikut harga yang dipersetujui.
    (p/s:  lock bermaksud pembeli dan penjual bersetuju membeli dan menjual emas pada satu harga yang dipersetujui bersama).
Dalam business ini anda akan jumpa pembeli yang tidak jujur dan pentingkan diri sendiri. Mula-mula setuju untuk ‘lock’ harga, tetapi bila harga emas turun daripada harga yang dia booking… maka jadilah adegan drama minta diskaun lah… takut rugilah… nak lock harga baru lah…nak batalkan pembelian lah.. telepon tak angkat lah..dan macam-macam lagi…

3. Banyak cash (lagi banyak lagi bagus)
  • Dalam business emas, lebih banyak cash lebih bagus. Anda boleh simpan banyak stok. Tambahan pula kalau stok dibeli pada harga murah dan dijual pada harga tinggi. Anda menggandakan keuntungan.
  • Cash diperlukan untuk membeli balik emas daripada pelanggan jika mereka nak jual balik emas mereka. So cash kena ada banyak.
  • Kalau dalam business emas terpakai memang banyak tunai diperlukan.

4. Sifat amanah dan boleh dipercayai.
  • Dalam business emas, sifat amanah, jujur dan boleh dipercayai sangat penting. Bila pelanggan bank-in duit, kita kena hantar emas.
  • Jangan mungkir janji atau tipu pelanggan. Kalau ada masalah, just beritahu pelanggan. Jangan nak sembunyi-sembunyi.
  • Kalau order emas dari supplier.. jangan batalkan. Kalau dah lock harga dengan pelanggan, kita kena ikut harga tu..

5. Banyak ilmu tentang emas.
  • Lebih banyak ilmu dan pengetahuan mengenai emas yang anda ada, maka pelanggan lebih yakin terhadap anda.
  • Lebih yakin pelanggan anda terhadap anda, lebih banyak jualan anda.
  • Anda pun akan lebih yakin apabila berhadapan dengan pelanggan.
  • Nak dapat ilmu emas? baca dan print semua artikel blog jutawanemas (klik sini)
  • Banyakkan bertanya kepada orang yang tahu.. contohnya tanya saya.
  • Banyak baca buku, website, artikel dan lain-lain.

Sebarang kemusykilan / pertanyaan
untuk menjadi seorang usahawan / peniaga emas
anda boleh hubungi saya :-
Call / SMS : 017-9401480

Read more...

Pelaburan Emas Jangka Pendek Suku Pertama 2011

Thursday, 21 April 2011

Salam ceria semua pembaca blog saya….

OK post kali ini nak bercerita tentang masa yang ditunggu-tunggu, nak ambik untung setelah sekian lama melabur emas. Dah nama pelabur….mesti la nak ambil untung kan? Apa hal kalau dok simpan jer….bila nak merasa nikmat untung tu….
Kita review balik pelaburan emas kita pada suku tahun pertama 2011 ini.
Kita mula memborong emas dengan banyak pada 7 Feb 2011 lalu setelah ”confirm ” signal EMA-Bband (v1) di chart emas. Harga yang terpapar pada masa tu, semasa timing betul-betul cantik utk membeli macam di bawah;
Jom kita buat analisa keuntungan berapa profit anda bila main Strategi 2 in 1 ini.
Pada 7 Feb 2011, beli emas fizikal Public Gold / GCP dan terus masuk pajak Ar Rahnu. Katakan modal asal pembelian anda RM50,000
Anda mampu membeli emas
Rantai Tangan GCP : 200 gm x RM 153.49 = RM 30,698
Gold Bar Public Gold : 100 gm = RM 15,108
20 gm = RM 3050
JUMLAH BELIAN = RM 48,856

Marhum Agro Bank pada 7 Feb 2011 adalah RM 154 per gram
Pinjaman (jika anda customer tetap) : 70% x RM 49280 = RM 34,496
Upah Simpan : 0.8% x RM 34,496 = RM 276 sebulan
Kemudian saya bawa duit hasil pajak sebanyak RM 34,496 tadi ke Maybank dan saya buka dan invest dalam buku akaun emas GSPA.
Harga emas GSPA pada 7 Feb 2011 : RM 134.51 per gram
Jumlah Belian : RM 34,496 / 134.51 = 256 gram
Maka saya dah boleh beli 256 gram dari duit hasil pajak tu….he he banyak tu…
Kemudian tunggu punya tunggu…dah kita beli dulu pada harga terendah, apa nak risau, pada 15 April 2011, kira OK lah harga pun dah tinggi…..berdasarkan pada signal EMA-Bband, potensi untuk naik masih ada lagi kalau tengok kat chart emas. Tapi apa nak buat, tangan dah gatal…..nak pakai cash…keluarkan ajelah untung yang ada…


Harga buy back GSPA pada 15 April 2011 : RM 140.47 per gram
Jualkan semua emas GSPA : 256 gram x RM 140.47
: RM 35,960.32
Saya bawa cash sebanyak RM 35,960 ke Agro Bank bersama dengan surat pajak pada 7 Feb lalu untuk tebus semula emas 320 gram anda.

Jumlah upah simpan utk 2 bulan 10 hari : RM 640
Lebihan cash setelah ditebus emas asal : RM 35,960 – RM 34,496
= RM 1464
Untung bersih setelah ditolak upah simpan : RM 1464 – RM 640
= RM 824….

Jadi dalam tempoh 2 bulan tu dapatlah extra cash RM 824, boleh lah…sapa nak bagi free free jer kan? Bukan buat apa pun….

Dalam kes saya, sebab Ar Rahnu YAPEIM tu belakang rumah saya jer, macam takde buat apa pun, tahu-tahu lepas 2 bulan dapat extra cash RM 824…..he he duduk diam dapat cash…

Itu baru 320 gram emas. Klu ada 1 kg, cuba kira skit….

RM 140. 47 x 801 gram = RM 112,516
Upah simpan 2 bulan = RM1900
Untung bersih                 = RM 112,516 – (RM107,800 + RM 1900)
= RM 2816

Kalau saya tak nak tebus dan nak main lagi permainan emas ni. Katakan saya buat overlaps bagi emas asal 320 gm sebab dalam tempoh 2 bulan ini ada kenaikan tinggi pada harga emas.
Marhum Agro Bank pada 15 April 2011 adalah RM 167 / gram
Pajakan Pertama
RM 154 x 320 x 70% : RM 34,496
0.8% x RM 34,496         : RM 276 sebulan upah simpan
Pajakan Kedua (Overlaps)
RM 167 x 320 x 70% : RM 37,408
Lebihan cash : RM 37,408 – ( RM 34,496 + RM 640) = RM 2272

Senang cerita dengan modal emas anda yang asal sahaja berbagai arah cash extra boleh masuk kalau anda tahu caranya nak putar-putar emas anda tu….2 in 1, overlaps, bisnes emas, bisnes internet, affiliate income….semua tu mudah untuk dibuat jika tahu caranya…dan yang penting ada kemahuan untuk terus belajar ilmu “money makes money”.

Bagi mereka yang mahir dalam bab-bab investment ni, sebenarnya bukan sahaja 2 in 1 malah 10 in 1 punya strategi pun boleh kita apply kalau tahu apa yang kita buat dengan emas kita.

Contohnya, saya apply beberapa strategi terhadap emas asal saya

Agihan duit hasil pajak emas asal;
- 50% akan masuk buku akaun emas
- 20% akan masuk “high risk investment” sebagai income harian
- 30% medium risk investment macam pelaburan emas terpakai, emas lelong

Jadi dengan ini, saya dapat mempelbagaikan arah kemasukan extra cash saya setiap bulan. Barulah setiap bulan senyuuuum jer……

Ok harap artikel ini berguna untuk tatapan anda semua…..dan hebahkan pada kawan-kawan anda jika maklumat ini amat berguna…..kita sebarkan ilmu
yang baik yang membantu ini, dapat pahala.


Read more...

Selesaikan Masalah Dengan Ebook Terbaru, Baru Saja Dilancarkan

Apa khabar hari ini? Semoga anda berada dalam keadaan sihat sejahtera. Jika anda ingat pada siri email yang saya hantar, saya kira anda pasti menghadapi masalah jika tidak semua, tapi ada jugalah kena sikit-sikit seperti yang saya katakan seperti masalah:

1. berbagai masalah dalam pelaburan emas, tak kira newbie atau yang dah lama melabur.

2. masalah ketidakcukupan wang setiap bulan.

3. masalah dalam mempersiapkan tabung persaraan, tabung pendidikan anak-anak dan macam2 tabung masa hadapan lain yang kita rancangkan.

4. sampai sekarang belum jumpa sumber pasif income yang best yang betul-betul pasif ioncome......bole jana duit sambil tengok tv atau tidur.

dan berbagai-bagai lagi.......

Namun, hari ini saya akan beritahu apakah cara terbaik menangani masalah seperti di atas jika berlaku pada anda.

Tahukah anda, dengan rahsia pelaburan ini , penulis mampu menjana keuntungan dalam pelaburan emas dengan mudah dan pantas.Tak perlu tunggu lama untuk pelaburan emasnya menjana keuntungan lumayan.

Buktinya, setelah 2 tahun penulis melakukan teknik ini dan terbukti sehingga ke hari ini keuntungan tahunan pelaburan mencecah lebih 40% sejak dari tahun 2009.

Nak lebih bukti, banyak kajian kes berdasarkan pengalaman beliau sendiri melakukanyya ada huraikan dalam ebook terbarunya. Saya amat yakin anda juga boleh melakukannya....
http://www.pajakemas.com/index.php?ref=azharu1577

Kalau anda berminat untuk belajar bagaimana teknik ini boleh atasi masalah-masalah di atas, sebuah panduan /teknik khas dicipta untuk semua golongan tak kira tua, muda, baru atau lama dalam pelaburan emas seperti ANDA untuk keluar dari permasalahan yang selama ini mengganggu hidup. Ia cukup lengkap di mana ia menerangkan langkah demi langkah yang mudah dan praktikal.

http://www.pajakemas.com/index.php?ref=azharu1577

salam kejayaan

Ikhlas

azhar untong
http://www.pajakemas.com/index.php?ref=azharu1577

Read more...

Faedah Menjadi Pengedar GCP

Faedah Menjadi Pengedar GCP


1) Membeli emas dengan harga rendah. 
Pengedar sah GCP mempunyai keistimewaan untuk membeli emas dengan Harga Semasa Pengedar (DP) 

Contoh keuntungan menjadi pengedar :

HARGA DINAR GCP 999.9 
Harga Pengedar (DP) : RM600.00 
Harga Pelanggan (CP): RM625.00 ( tambah RM25.00 + Diskaun RM5 daripada harga Pengedar) 
KOMISEN @ UNTUNG 1 DINAR GCP = RM30

 Emas  Harga Pengedar  Harga Pelanggan  Keuntungan 
 Dinar GCP 4.25g  RM665 RM690RM25

HARGA GOLD BAR GCP 999 
Harga Pengedar (DP) : RM146.00/g 
Harga Pelanggan (CP): RM159.00/g ( tambah 8% daripada harga Pengedar) 
KOMISEN @ UNTUNG GOLD BAR 8%

 Emas Harga Pengedar   Harga Pelanggan  Keuntungan 8% 
 Gold Bar GCP 10g RM1480 RM1610RM130
 Gold Bar GCP 20g RM2960 RM3220 RM260
 Gold Bar GCP 50g RM7350 RM8000 RM650
 Gold Bar GCP 100g RM14700 RM16000 RM1300

HARGA RANTAI TANGAN GCP 999 
Harga Pengedar (DP) : RM132.00/g 
Harga Pelanggan (CP): RM142.00/g ( tambah 8% daripada harga Pengedar) 
UNTUNG RANTAI TANGAN 8%

 Emas Harga Pengedar  Harga Pelanggan  Keuntungan 8% 
 Rantai Tangan  RM147.78 RM160.96RM13


2) Modal disediakan dalam bentuk stok emas. 
GCP menyediakan modal perniagaan dalam bentuk stok emas kepada para pengedar di mana pengedar hanya perlu membuat tempahan dan GCP akan menghantar emas terus kepada PELANGGAN yang telah ditetapkan oleh pengedar tanpa sebarang kos penghantaran.(Penghantaran terus kepada PELANGGAN risiko kehilangan adalah ditanggung sepenuhnya oleh pengedar) 

3) Modal tunai disediakan untuk membeli semula produk yang telah dijual. 
GCP menjanjikan pembelian semula emas yang telah dijual kepada PELANGGAN dengan susut nilai sebanyak 15% daripada harga jualan (Harga CP) semasa. Manakala pembelian semula daripada pengedar pula dikenakan sebanyak 5% hingga 6% daripada harga pengedar (Harga DP) semasa. 

Contoh:
Belian semula daripada pelanggan(CP): RM142.56 – 15% = RM121.17 
Belian Semula daripada Pengedar(DP): RM132.00 – 5% = RM125.40 
Pengedar hanya perlu memaklumkan kepada GCP jumlah berat emas yang hendak dijual oleh pelanggan seterusnya pihak GCP akan menghantar wang tunai kepada pengedar. (Tertakluk kepada terma dan syarat semasa) 

4) Perkhidmatan penghantaran. 
GCP menyediakan perkhidmatan penghantaran kepada PENGEDAR. Cara serahan dengan tangan atau melalui Pos. Kehilangan barangan sewaktu penghantaran Kepada PENGEDAR adalah tanggungan sepenuhnya oleh pihak GCP. 

5) Perkhidmatan selepas jualan. 
GCP menyediakan perkidmatan selepas jualan dengan kos yang minimum seperti: 
  1. Mencuci emas (percuma)
  2. Mencelup emas (kos minima) 
  3. Menilai harga emas terpakai (percuma) 
  4. Teknik membuat keuntungan dengan emas menggunakan arrahnu (percuma) 
6) Kursus Usahawan Emas (percuma)
Pada setiap hari sabtu ke dua dan ke empat, GCP mengadakan kursus kepada Para pengedar GCP bertempat di pejabat GCP bermula jam 10.30 pagi hingga jam 12.30 t.hari. 

7) Insentif Pengedar (dealer get dealer). 
Pengedar yang memperkenalkan pengedar baru akan mendapat insentif seperti berikut:- 
  1. Komisyen RM100 bagi setiap pengedar baru yang diperkenalkan. 
  2. Komisyen rm1.00 se gram bagi setiap pembelian oleh pengedar baru yang diperkenalkan (untuk rantai tangan emas 999 dan gold bar GCP 999 sahaja) Mulai 1 Mac 2011 Pamp S.A tiada komisyen diberi. 

Contoh insentif dealer get dealer: 
Abu memperkenalkan syahir sebagai pengedar maka Abu mendapat komisyen rm100.00 

Contoh insentif pembelian: 
Syahir membeli 500g rantai tangan 999. Abu mendapat komisyen rm500. 
Jika Syahir pula memperkenalkan Hasyim sebagai pengedar, hanya Syahir sahaja mendapat komisyen, Abu tidak dapat sebarang komisyen. 
Abu hanya mendapat komisyen secara berterusan bagi setiap pembelian yang dibuat oleh Syahir sahaja. 

Read more...

Anda mengalami kesukaran dan keraguan dalam Pelaburan Emas ?

Salam hormat

Adakah anda pening dan menghadapi kesukaran memilih teknik yang sesuai untuk diri sendiri dalam pelaburan emas yang sedang atau akan dijalankan?

Saya pasti anda sedang menghadapi masalah berikut;

Pertama:
Ragu-ragu nak buat keputusan jualbeli emas? Dalam fikiran selalu terfikir sesuai ke aku beli emas ni sekarang?

Kedua:
Anda terbeli emas pada harga yang tinggi rupa-rupanya. Jadi sekarang tengah memikirkan nak dijual belum untung lagi, nak tunggu, entah bila pula nak naik balik harga, nak tunggu sampai 1-2 tahun, fuh, lama tu....buatnya berlaku  kecemasan, nak korek di mana pulak cash ni?

ketiga :
Kebanyakan orang suka ke pajak gadai kerana terdesak nak pakai duit. Tapi tak ramai orang yang tahu ADA CARANYA kita boleh pajakkan emas, dan buat untung dari pajak gadai tanpa perlu bayar sesen pun upah simpan, walaupun anda pajakkan berkilo-kilo emas.

Keempat
Jika anda seorang student, dan selalu kehabisan wang PTPTN di hujung semester, ada baiknya dipraktiskan teknik ini, bagaimana seorang student boleh menyimpan emas dengan banyak dengan wang yang minima? Pakai duit PTPTN jer pun boleh...

Kelima
Jika anda memiliki banyak barang kemas. Takkan nak dipakai semuanya kan? Apa kata, sambil memiliki barang kemas,anda jana sedikit extra cash sambil-sambil melawa dengan barang kemas tersebut.

Keenam
Atau saja ingin mencari ilmu  baru dalam pelaburan emas selain dari yang dipaparkan dalam blog blog pelaburan emas yang ada di internet...

Ketujuh
Umur nak pencen/bersara dah semakin hampir, tapi wang bersara tak cukup-cukup lagi. Harapkan KWSP pun taklah banyak sangat. Camner nih? Anda ragu-ragu, bagaimana pelaburan emas boleh dijadikan sebagai BACKUP PLAN tabung persaraan anda.

Saya ada berita baik untuk anda mengenai teknik pelaburan emas yang mampu mengatasi masalah-masalah di atas.

Kalau nak hendak tahu lebih lanjut, klik sahaja link di bawah ini:


dan lihat sendiri betul tak apa yang saya katakan...

Salam sukses


Ikhlas;
azhar hj. untong

Read more...

Produk GCP

Wednesday, 20 April 2011








BERMINAT SILA HUBUNGI 017-9401480


Rantai Tangan Emas 999
Rantai Tangan Emas 999 - Saiz 10g, 20g, 30, 40g, 50g, dan 100g

Gold bar 10g, 20g , 50g dan 100g



dan 1 Dinar Emas 999


 Laman web rasmi www.gcp.com.my

Salam ukhuwah, Pihak GCP telah membuat promosi menjadi Pengedar GCP dgn hanya membayar yuran Rm600 seumur hidup (Tiada alatan hanya bayaran utk perkhidmatan dan penghantaran seumur hidup).
Sila baca posting dibawah.

Untuk menjadi pengedar klik dan isi
Nama : AZHAR BIN HAJI UNTONG.
Sila hubungi 017-9401480 utk keterangan lanjut.

Penting.
1. Pendaftaran akan diproses dalam tempoh 24 jam selepas bayaran diterima.
2.Sila bank in ke Maybank : 505103003954
3.Sila email bukti pembayaran ke sales@gcp.com.my
4. Tunggu ID dan Password utk pembelian ONLINE
5. Setelah selesai anda boleh order online di

www.gcp.com.my
 
6. TAHNIAH
Semoga kita berjaya menjadi tokey Emas !



GOLDCREST PAVILION SDN BHD,
4-3-4 QUEEN AVENUE, JALAN BAYAM 55100 KUALA LUMPUR
Email:
admin@gcp.com.my
AKAUN Maybank : 505103003954

Read more...

Lebih Mahal Disimpan Lama

Oleh AQMAR ALLADAD
aqmar.alladad@kosmo.com.my
--------------------------------------------------------------------------------
DI SEBALIK bangunan tiga tingkat yang terletak di Bandar Sunway, Petaling Jaya sebenarnya tersimpan ragam kesibukan aktiviti jual beli emas.

Menariknya, situasi itu bukannya menyaksikan jual beli barang kemas seperti gelang tangan, rantai atau anting-anting.

Sebaliknya, mereka menjalankan proses mendapatkan kepingan kilauan emas tulen berharga.

Bagaimanapun, premis yang terletak di tingkat tiga itu tidak sewenang-wenangnya dikunjungi. Anda perlu membuat temu janji khas dengan kaki tangan Public Gold supaya pagar besi utama akan dibuka.

"Sebagai langkah keselamatan, tempat kami mempunyai pengawasan yang ketat. Mereka yang ingin mendapatkan kepingan emas perlu berhadapan dengan tiga rintangan pagar besi yang dibuka secara automatik.

"Di Public Gold, mereka boleh melihat skrin paparan harga emas dunia sebagai petunjuk untuk membeli atau menjual," terang Eksekutif Pemasaran Public Fine Gold International Sdn. Bhd., Wilson Tan.

Bercerita mengenai kehebatan emas, masyarakat masa kini mula membuka minda untuk membuat pelaburan baru. Tidak lagi memfokuskan kepada penyimpanan wang semata-mata, trend pembelian kepingan emas kian popular dan mendapat sambutan.

Bahkan segelintir bakal pengantin turut memilih dinar emas sebagai hantaran mas kahwin kerana barangan berharga itu merupakan komoditi yang mempunyai nilai yang tinggi.

Meskipun tertanam beribu-ribu tahun, emas tetap berkilau dan merupakan aset paling bernilai. Emas boleh dibeli sama ada dalam bentuk syiling atau keping dari bank-bank perdagangan.

Selain itu, perbezaan yang dinilai di antara pelaburan ketulan emas dan barang kemas ialah dari segi tawaran peratusan.

"Emas keping dan emas syiling lebih tinggi nilainya iaitu 999.9 peratus berbanding emas yang telah dilebur untuk dijadikan barang kemas pula 91.6 peratus," beritahunya.

--------------------------------------------------------------------------------

Sementara itu, Pengedar Utama Public Gold, Syukor Hashim menjelaskan, Public Gold yang mendapat kelulusan dari Bank Negara menawarkan perkhidmatan jual beli emas 999.9 atau 24 karat untuk pelaburan yang selamat dan murah.

Dari segi kiraan nilai pula, Public Gold menawarkan empat produk kepingan emas 20 gram (g), 50 g, 100 g dan satu kilogram (kg).

"Harga yang dinyatakan setiap gram adalah dalam ringgit. Harganya juga sentiasa berubah-ubah, jadi mereka yang berminat lazimnya akan sentiasa memantau harga dunia.

"Orang ramai diberi kebebasan untuk membeli seberapa banyak ketulan emas bergantung kepada kemampuan masing-masing," terangnya.

Menceritakan pengalamannya menjalankan jual beli emas sepenuh masa, Syukor mendapat pendedahan awal menerusi program The Truth Revealed: Dinar and Dirham The Real True Money sejak dua tahun lalu.

Konsep kekayaan
Bermula dari situ, dia mula mengerti mengenai konsep wang dan kekayaan sebenar. Syukur banyak membuat kajian melalui pembacaan dan rujukan.

"Saya menyedari bahawa kekayaan yang sebenar bukanlah terletak pada wang kertas. Tetapi emas, perak, hartanah, ternakan dan tanam-tanaman.

"Wang kertas boleh dimanipulasikan dan boleh dicetak sebanyak mungkin sekali gus nilainya akan hilang," terangnya bersungguh-sungguh.

Bagi salah seorang kakitangan swasta, Ahmad Fithrie Ahmad Tajalie, 31, pelaburan pertama yang dikeluarkannya tahun lalu sejumlah RM38,000 untuk memiliki beberapa ketulan emas peribadi.

Disebabkan emas mempunyai nilai tinggi, dia lebih berminat untuk menambah koleksi ketulan emas untuk simpanan masa hadapan.

"Kepuasan memiliki dan menyentuh sendiri ketulan emas memang tidak dapat digambarkan. Itu yang membuatkan saya lebih berminat untuk mengumpulnya.

"Petuanya ialah bila sudah beli emas, simpan sahaja emas itu tetapi bila memerlukan dana kewangan barulah ia dijual. Lebih bagus jika ia dijual ketika harganya tinggi. Semakin lama emas itu disimpan, harganya juga semakin mahal," jelasnya.

--------------------------------------------------------------------------------
Seperti yang diperuntukkan oleh hukum syarak, mas kahwin merupakan pemberian wajib daripada seorang lelaki kepada bakal isterinya. Ia boleh dibayar dalam pelbagai kaedah dan apa jua bentuk mengikut kesesuaian dan kemampuan pasangan terbabit.

Lazimannya mas kahwin disempurnakan dengan wang ringgit, senaskah Al-Quran, cincin atau gelang tangan. Namun, kini syiling dinar emas telah mendapat sambutan menggalakkan sebagai mas kahwin untuk majlis perkahwinan.

Barangkali sudah tiba masanya masyarakat menerima persetujuan menggunakan dinar emas sebagai mas kahwin memandangkan ia mempunyai nilai sentimental dan intrinsik yang kukuh.

Mas kahwin
Dinar emas sebagai mas kahwin sememangnya sesuai kerana ukiran kalimah syahadah dan cetakan ayat suci al-Quran secara simboliknya melambangkan ketinggian nilai kehidupan manusia berasaskan agama.

Pasangan yang telah mendirikan rumah tangga pada bulan September tahun lalu, Wan Azmir Wan Mohamad dan Nadiah Abd. Rahman turut menggunakan dinar emas sebagai mas kahwin mereka.

Masing-masing yang berusia 27 tahun menyifatkan, keputusan untuk menggunakan dinar emas kerana ingin mengembalikan tradisi masyarakat Islam yang sekian lama ditinggalkan.

"Pengetahuan penggunaan dinar emas ini dibuat setelah saya membuat sedikit rujukan pembacaan mengenainya. Dari situ saya dapati dinar emas mempunyai nilai yang semakin meningkat.

"Malah bentuknya yang cukup unik dan dinar emas juga cantik untuk disimpan. Berbeza dengan wang simpanan wang, ia mungkin tidak akan kekal lama," jelas Wan Azmir Wan Mohamad yang menyempurnakan mas kahwinnya dengan sekeping syiling dinar emas seberat 4.25 gram (22 karat) bernilai RM502 (kini bernilai RM570 tertakluk pada harga semasa).
-------------------------------------------------------------------------------
Sementara itu, pakar ekonomi, Datuk Mohd. Salleh Abdul Majid berkata, dinar emas digunakan sebagai alat pertukaran mata wang paling selamat sekiranya berlaku ketidakstabilan politik dan pasaran. Dinar emas mempunyai nilai yang tetap dan boleh dijadikan simpanan tanpa memikirkan kehilangan nilai dan kuasa beli seperti wang kertas.

Pelaksanaan secara konkrit dengan susulan cadangan yang lebih serius perlu dijalankan supaya negara dapat menggunakan dinar emas dengan lebih menyeluruh.

"Skop penggunaan dinar emas sebenarnya amat luas kerana ada yang gemar menjadikan dinar emas sebagai koleksi aset yang kalis inflasi. Dinar emas berbentuk syiling juga sebagai medium pertukaran yang sah. Tetapi sejauh manakah masyarakat kita berminat menggunakannya seperti yang disarankan oleh mantan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad," katanya ketika dihubungi Kosmo!.

Read more...

  © Blogger template On The Road by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP